SELAMAT DATANG KE ARTMYWORK

Soldering Port

>> 05 Februari 2010

 
Main-main buat keje dengan bermain dengan keje....apa beza keduanya? Pemahaman aku, main-main buat keje adalah tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang kita buat dalam pekerjaan. Bila tak sungguh-sungguh maka keje pun separuh-separuh, setengah jalan, tak lengkap, takde kualiti, keje yang menyusahkan orang lain dan macam-macam lagi yang alang-alang tak sampai ke pangkal lengan. Manakala bermain dengan keje pulak adalah kita seronok dengan keje yang kita buat, bila dah seronok maka keje yang dibuat pun lebih dari apa yang disyorkan. Maksudnya, kalau kita pekerja biasa-biasa memadailah dengan membuat keje ikut norma atau bidang keje yang dipegang. Tapi pekerja yang luar biasa akan buat lebih dari apa yang sepatutnya menggunakan kebijaksanaan dan kreaviti sendiri. Keje yang orang lain anggap susah nak buat tapi boleh dipermudahkan dengan pelbagai cara, itu dinamakan inovasi.

Aku tak nak 'ngerepak' banyak sangat nanti orang menyampah pulak kat aku....aku jugak yang susah tapi itulah risikonya kalau kita berani menyatakan pendapat yang benar lagi tulus ikhlas...huhuhu. So aku pendekkan 'ngerepak' dan straight to the point je kat tajuk entry ni. Soldering Port? Apa benda tu? Ni le tempat letak keje aku nak pateri wayar-wayar dengan pelbagai jenis klip. Klip buaya, banana clip...errr apa lagi ye. Asal klip je mesti kat sini tempat nak buat pateri sambung ke wayar-wayar. Sebenarnya lama dulu dah aku buat benda ni, tapi sebelum ni belum ada pemegang Soldering Iron. Jadi, petang tadi aku buat pemegang tu supaya senang nak letak Soldering Iron yang tengah 'manas' seperti yang ditunjukkan kat gambar di atas.

 
Soldering Port yang aku buat ni ada 2 klip kecik dan 2 klip besar. Satu pentas untuk klip buaya mengapit. 2 klip besar tu untuk mengapit wayar yang besar, 2 klip kecik untuk mengapit wayar yang kecik je. Satu lagi tempat pemegang Soldering Iron masa menunggu ia sedang panas, jadi tak le letak atas meja je nanti cat meja rosak. Lihat gambar yang kedua di atas tu. Kedua belah hujung wayar yang dah dipotong tu kene pateri dulu, untuk senang nak buat keje pateri memateri ni kene la apit pakai klip kecik atau besar. Kat pentas tu pulak 4 ekor buaya dah menggigit tunggu bontotnya dipateri sama kemudian disambung dengan wayar tadi dengan pateri jugak. Jadi, dengan adanya port ni tak le banyak sangat pasang bukak pegang sana sini ambik itu ini. Lecehlah keje camtu....boring dan menyusahkan. Dengan adanya port ni jugaklah semua keje pateri memateri klip buaya boleh dibuat dalam satu masa, jadi pembaziran masa dapat dielakkan dan keje boleh dibuat dengan cekap dan pantas.

Alat ni takde jual kat kedai, kene buat sendiri...mana-mana PM yang berminat boleh buat tempahan sekarang sebelum kehabisan stok. Hehehehe....takde le. Panduan ni mungkin boleh jadi rujukan. Nampak simple je...tapi yang simple pun tak ramai orang yang mampu terfikirkannya. Semuanya nak yang canggih-canggih dah tersedia di pasaran dengan kos yang mahal.

Read more...

Budaya Penyelenggaraan & Tala Bunyi

>> 04 Februari 2010

  Sebelum diselenggara
Perdana Menteri sebelum ni pernah kata, negara kita canggih dengan prasarana moden dan sanggup berhabis wang nak beli tapi malangnya budaya penyelenggaraan berterusan takde menyebabkan prasarana yang sepatutnya boleh tahan lama dan masih boleh dipakai, dibuang atau rosak lalu nak tukar beli baru. Yang baru tu sebenarnya bagus, sapa yang tak nak benda baru dan terkini tapi kalau benda tu tak kritikal sangat, yang lama pun ok je masih boleh guna maka puliharalah baik-baik supaya peruntukan baru boleh diguna untuk beli barang baru yang belum pernah ada dalam stok.

Sebagai anggota perkhidmatan awam ni, kita kerja untuk rakyat dan wang peruntukan yang kita guna untuk beli peralatan adalah wang rakyat dari cukai-cukai kerajaan yang dikenakan ke atas rakyat supaya dengan wang itu dapatlah pula digunakan untuk kebajikan dan kebaikan rakyat. Kalau kita bazirkan saja dan tak fikir dulu sebelum buat pembelian maka kita sebenarnya melakukan satu kesilapan. Ada orang kata, kalau kita tak guna habis duit peruntukan tu nanti unit lain pulak pulun, sebab peruntukan untuk kita tak habis dibelanja jadi diaorang ambiklah untuk beli kerusi baru, meja baru, almari baru. Sedangkan yang lama masih elok lagi. Kalau kita nak minta peruntukan baiki itu dan ini banyak sangat prosedurnya. Kenapa pulak lebihan peruntukan tu tak diguna  untuk baiki kemudahan makmal? Jawabnya tak boleh duit tu hanya boleh dibelanja untuk perkara yang berkaitan dengan pelajar dan P&P dalam makmal je. Kenapa pulak lebihan peruntukan tu bila diambik balik pastu beli pulak laptop, rak, kerusi meja baru empuk selesa untuk kegunaan mereka boleh pulak. Sapa nak jawab ni...? Kalau aku jadi pegawai atasan...dah kena smash diaorang ni.

Ah...biar le, tu amal mereka. Biar Tuhan menentukannya...memang dari dulu lagi dah macam tu. Ada lori ada bas...berbuih dah mulut ni buat laporan kekurangan kemudahan asas itu dan ini yang perlu dibaik pulih. Alih-alih pejabat am jugak yang direnovate tiap-tiap tahun. Ingatkan faham bila buat laporan macam tu. Huhh...baik aku cakap dengan kucing je.

Proses penyelenggaraan
  
Lupakan saja kisah sedih tu, aku beralih pulak cerita pasal menyelenggara semula peralatan yang masih boleh dipakai. Kalau beli baru pun masih juga barang yang sama cuma rupa je baru. Jadi, perbaharui lah barang lama dengan men'spray' semula supaya nampak seperti baru. Semua ni dibuat semata-mata nak jimatkan wang kerajaan yang kekurangan akibat ekonomi meleset 2-3 tahun lepas. Dan juga nak guna wang hasil dari cukai rakyat secara berhemah tak nak bazir-bazir beli barang yang dah ada dalam stok tapi tak diselenggara dengan betul. Salah satu contohnya adalah Tala Bunyi seperti kat gambar diatas, sebelum tu berkarat entah ape-ape entah. Pastu aku gosok halus pakai kertas pasir, kemudian sembur dengan cat merah dan tadaaaa....barang lama nampak macam baru. Sebelum ni pun ada jugak barang lama yang masih boleh dipakai aku selenggara balik supaya nampak macam baru. Dengan cara ni, kalau ada peruntukan baru boleh la diguna untuk beli peralatan yang berteknologi dan spesifik yang memang mahal harganya.

 Selepas diselenggara
 
Kan elok amalkan budaya penyelenggaraan, baru la dianggap perkhidmatan berhemah untuk rakyat negara maju mentaliti kelas pertama dan pandai berfikir demi kepentingan rakyat dengan tidak membazir atau sewenang-wenangnya menyalahguna wang rakyat untuk perkara-perkara yang tak sepatutnya. Ini bukan soal dasar kerajaan, tapi soal intergriti sebagai kakitangan awam. Kalau orang tanya aku, kenapa menyibuk sangat cerita pasal ni secara umum dalam blog? Kalau tak cerita pun, orang memang tau dah, kalau aku tak cerita orang lain cari cerita dan berita. Ingat...INTERGRITI. Baik kita berterus terang dan perbaiki sebarang kelemahan daripada menyembunyikan sesuatu. Lambat laun orang akan tau jugak. Jadi, fikir-fikir le sesapa yang berkenaan nak hentam aku...aku dah sedia ni nak jawab balik...huhuhu. Yang benar tetap benar.

Read more...

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Demam Denggi

>> 03 Februari 2010

Klik imej dibawah untuk baca info dengan lebih jelas
Dah sebulan lebih orang rumah aku keluar hospital selepas kena tahan akibat demam denggi...kali ni aku nak kongsi pasal kesihatan pulak. Sebelum ni aku cuma tau pasal demam denggi ni secara umum je serta apa langkah-langkah pencegahannya. Apa yang aku tau bila demam denggi berdarah akan membawa maut sebab itulah gejala terakhir yang menunjukkan bahawa virus yang dibawa oleh nyamuk aedes tu dah menyerang habis sistem pertahanan dalaman tubuh badan. Bila dah terkena (bukan aku) tapi orang-orang yang tersayang barulah menyibuk terkial-kial nak cari ubat demam denggi ni sampai guna khidmat bomoh, sebelum disahkan demam denggi. Katanya sebab "angin dari atas". Iskhh...berteka teki pulak dah.

Sebenarnya, aku sekeluarga tak le pengotor sangat sampai buang sampah kat luar tingkap dapur dan tak potong rumput sampai jadi semak kat keliling rumah Tapi bila nama kita berjiran dengan orang terpaksa juga menahan kesabaran dan karenah orang lain. Kes ni bukannya berlaku kat tempat tinggal aku tapi kat tempat lain sebab bermalam kat rumah lain, lebih-lebih lagi masa tu memang penyakit ni merebak berleluasa. Bukan setakat denggi je, termasuklah chikungunya memang top kat Malaysia sekarang ni lepas selesema babi sebelum tu. Kadang-kadang kalau kita pergi satu-satu tempat yang memang hotspot denggi, kita tak sedar 2-3 ekor nyamuk aedes sempat gigit dan tinggalkan virus denggi dalam darah kita. Itu le masalahnya. Jangan pulak fikir kalau kita kena denggi,  orang ingat kita ni pengotor rumah tak bersih menyemak banyak sampah tempat air bertakung. Siasat dulu sebelum buat andaian dan anggapan, berfikirlah secara saintifik dan profesional...huhuhu. Baru le kreatif dan inovatif.

Klik imej dibawah untuk baca info dengan lebih jelas 
Bila aku sendiri merasai pengalaman ni, baru lah sedar demam denggi ni bukan penyakit yang boleh buat main-main, silap hari bulan kita sendiri atau orang yang kita sayang boleh pergi selamanya akibat kejahilan kita pasal latarbelakang penyakit ni. Dalam tengah blurrr...tak tau nak buat apa lagi, cuma berharap pihak hospital je boleh buat sesuatu yang terbaik untuk selamatkan nyawa. Tapi bila keadaan makin teruk dengan bintik-bintik merah keluar kat kulit kaki, tangan dan sikit-sikit pada badan aku jadi panik. Nurse cakap kalau nak sembuh lambat lagi, sampai sebulan kena tahan. Tapi kalau keadaan makin teruk kena hantar gi hospital besar yang lengkap dengan peralatan dan perubatan. Adusss...luluh hatiku mendengarnya. Bukannya sikit belanja kalau kena hantar outstation. Jadi, aku tak leh harap 100% kat pihak hospital, bukan tak caya ngan diaorang cuma nak guna kaedah alternatif lain dari yang lain yang belum pernah orang tempatan buat.


Jadi, satu malam aku balik rumah, fikir punya fikir punya fikir punya fikir punya fikir....berapa banyak fikir daaa...aku ambik laptop kemudian guna Google Search taip keyword "Petua Demam Denggi" maka terkeluarlah info seperti gambar kat atas. Cerita pasal pengalaman mereka yang dah kena denggi dan cuba petua-petua yang di syorkan. Bila mereka cuba dan ianya memberi hasil maka aku pun cuba le. Masa tengah kritikal ni tak fikir panjang sangat lagi dah ,sama ada boleh caya ke tak. Lagi pun apa yang disyorkan tu cuma pengambilan pemakanan tak ada bahayanye pun. Tanpa membuang masa aku terus jalankan misi menyelamat selepas 3 hari orang yang aku sayangi berada di hospital. Aku bagi semangat kat dia, dan dia sendiri pun memang nak sangat cepat sembuh, jadi takde la masalah sangat nak buat terapi, bagi minum 100plus sampai 2 botol sehari dan minum jus tembikai.

Memang menakjubkan 3 hari lepas tu boleh keluar hospital sebab platelet darah makin meningkat berbanding sebelumnya. Masuk hospital hari ahad malam isnin kemudian dapat keluar hari sabtu minggu tu juga, cuma 6 hari je. Kalau ikut dari tarikh jatuh sakit kena demam denggi yang menyerang mengejut dan mendadak adalah 11 hari. Disebabkan lewat 4 hari selepas jatuh sakit tu le yang menyebabkan bintik-bintik merah dah keluar, tu dah tahap kritikal kalau nasib baik boleh selamat, kalau tak bernasib baik boleh bawa maut. Bayangkanlah situasi ni kalau berlaku pada diri korang semua. Kalau penyakit yang kita cari sendiri tak le kisah sangat tapi ni malang tak berbau, penyakit datang tanpa diduga sebagai satu dugaan untuk menguji keimanan dan kebijaksanaan. Alhamdulillah, dengan petunjuk yang diberinya aku dapat cari jalan yang betul dan hasilnya menakjubkan. Syukurrr....alhamdulillah.

Lepas keluar dari hospital tu le kami cuba pulak makan sup ketam, pegaga, daun muda pokok betik, yang dua terakhir tu payah lah sikit tapi sebab ada alternatif lain takpe boleh abaikan. Sampai hari ni masih lagi amalkan pemakanan sihat ni untuk pastikan antibodi tubuh badan kuat dan badan sentiasa cergas dan stabil supaya dapat bertahan dengan apa jua keadaan. Kesimpulannya, kesihatan bermula dari rumah sebab kat rumah ada laptop nak buka internet cari info kesihatan...hehehehe. Akhir kata, selamat mencuba petua ni.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin
;

Laman blog ini adalah satu kaedah penyampaian ringkas maklumat tugasan dan seni yang diusahakan. Ia juga sebagai satu perkongsian pendapat untuk memperkembangkan minda dalam usaha memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan masyarakat tentang sumbangan kecil serta peranan peribadi dalam bersama-sama memajukan bangsa, agama dan negara.

Penafian
Webmaster Artmywork tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini.


Paparan laman ini sesuai menggunakan browser Mozilla Firefox dan Opera

Copyright© 2008-2009 by artmywork.co.cc Powered by www.co.cc 2009

Ourblogtemplates.com